salam
selamat hari raya!
aku nk share something pasal isu sensitif nie..skrg nie mcm mende berlaku yg berkaitan dgn agama islam. tp kite xsedar, selain daripada isu2 itu, bnyk lg isu2 yg jelas hukumnya haram yg da lame org buat tp kenapa org buat xtau..adeh..sedih2..nah, baca kt bwh nie..mohon fikir dan semoga jg pengajaran buat kita semua termasuk aku sendiri..salam=)
"Perkongsian Tuan Afyan Mat Rawi (Afyan):
"Orang kita memang sensitif...
Orang kita memang sensitif dengan berita surau diguna oleh non-muslim, baru sedar selama ini rumah-rumah Allah banyak yang sunyi.
Orang kita memang sensitif dengan berita tokoh agama mengamalkan poligami, baru sedar ramai rupanya selama ini anak-anak kita ramai berpacaran tanpa nikah tapi dah macam laki bini.
Orang kita memang sensitif dengan video menyambut raya sambil pegang anjing, baru sedar selama ini banyak adegan lelaki perempuan bukan muhrim berpegang tangan berpeluk-pelukan setiap hari disiarkan di TV.
Orang kita memang sensitif dengan berita tulisan jawi dicetak terbalik, baru sedar selama ini AlQuran yang dicetak betul hanya hiasan almari.
Orang kita memang sensitif dengan isu gadis Melayu menyertai pertandingan ratu cantik tidak menutup aurat, baru sedar selama ini ramai gadis Melayu tanpa masuk pertandingan ratu cantik pun berpakaian begini.
Orang kita memang sensitif dengan berita DNA babi dalam makanan, baru perasan sebenarnya rokok yang ramai hisap memang sudah difatwakan haram selama ini.
Teguran dan muhasabah ini untuk diri sendiri,
Sayalah orang kita yang dimaksudkan ini,
Tidak perlu terasa di dalam hati
Afyan Mat Rawi,
Jasin, Melaka.
6 Syawal 1434,
13 Ogos 2013."
~copied from bro.syarief~